Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua ahli-ahli kerana terus memberi kepercayaan dan mandat kepada saya untuk terus memimpin Kelab Sukan dan Kebajikan Kualiti Alam Negeri Sembilan (KESUKA). Insyallah saya dan ahli jawatankuasa yang dilantik akan cuba memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin.
Saya juga amat berterima kasih di atas sokongan yang berterusan daripada pihak Pengurusan kerana memberi ruang kepada kakitangan untuk turut serta dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh KESUKA.
Secara tidak langsung kelab ini akan menjadi tulang belakang kepada pihak syarikat di mana kita dapat menghindarkan unsur-unsur nagetif yang boleh mencemarkan nama baik syarikat.
Selaras dengan misi syarikat yang ingin menjadi teraju utama sebagai Pusat Pelupusan Sisa Terjadual, komitmen dari semua pihak amatlah diperlukan. Semoga sedikit sumbangan daripada KESUKA ini akan memberi impak yang positif kepada syarikat.
Sama-sama kita berdoa agar apa yang dirancang akan menjadi kenyataan.
United We Stand,
Sulaiman Kamilan
Presiden KESUKA |